Ticker

6/recent/ticker-posts

Bantuan e-dompet RM200 kepada mahasiswa akan dilancarkan pada bulan JUN 2023 ini ~ Kementerian Kewangan


[TERKINI] Bermula bulan Jun 2023, Kementerian Kewangan akan mengelola bantuan berbentuk e-dompet sebanyak RM 200 yang akan diberikan kepada mahasiswa di seluruh Malaysia.

PENGENALAN

 Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan dalam program Sesi Dialog bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) tentang bantuan e-dompet RM200 ini. Hal ini disokong oleh Kementerian Kewangan dalam Utusan Malaysia. Menurut mereka, pemberian bantuan e-dompet RM200 ini telah diperluaskan kepada semua mahasiswa yang layak bukan sahaja berumur 18 hingga 20 tahun. Malahan semua mahasiswa layak menerimanya.

 Kementerian Kewangan telah membuat langkah dan bekerjasama dengan kementerian yang terlibat bagi merialisasikan bantuan e-dompet RM200 ini. Mereka akan menyiapkan sistem data program dan mengatur keperluan pengajian sebelum pelancarannya pada hujung bulan Jun.
 
 Mahasiswa sangat berharap bantuan e-dompet RM200 ini segera dilancarkan seperi mana Perdana Menteri umumkan pada 7 April lalu. Mahasiswa berpendapat, dengan adanya bantuan ini dapat meringankan beban mereka dari segi kewangan.

 

Post a Comment

0 Comments