Ticker

6/recent/ticker-posts

PERMOHONAN DIBUKA SUBSIDI YURAN PENGASUHAN TASKA UNTUK PENJAWAT AWAM


[TERKINI] Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Taska dibuka sekarang bagi seluruh Taman Asuhan Kanak - Kanak di tempat kerja sektor awam yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

PENGENALAN
  1. Yuran subsidi diberikan sebanyak RM180 kepada seorang anak penjawat awam bagi meringankan beban penjawat awam untuk menghantar anak-anak mereka.
  2. Subsidi ini akan terus dibayar kepada pengusaha Taska oleh agensi dimana pegawai berkhidmat.
  3. Had kelayakan isi rumah bagi pegawai Perkhidmatan awam adalah sebanyak RM7,000 sebulan.
  4. Sekiranya kadar yuran melebihi RM180 sebulan untuk seorang anak, pegawai tersebut yang akan tanggung sendiri.
SYARAT KELAYAKAN
  1. Penjawat awam yang bergaji dibawah RM7,000.00 sebulan
  2. Anak berumur dibawah 4 tahun pada tarikh didaftarkan masuk ke Taska.
  3. Hanya Taska yang berdaftar dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sektor awam sahaja.
CARA MEMOHON
  1. Permohonan perlu dibuat di Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan Taska di agensi Kerajaan di mana pegawai itu berkhidmat.
  2. Isi semua maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat dalam borang permohonan.
  3. Permohonan juga perlu mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan agensi berkenaan.
  4. Pegawai hendaklah mempunyai dokumen sokongan seperti; salinan penyata gaji, salinan MyKid atau surat lahir, Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak angkat/anak pelihara, dan suami/isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai.

SUMBER : Info dan iklan di atas ditulis sendiri berpandukan iklan di laman web rasmi. Laman web ini hanya membantu menyebarkan iklan jawatan kosong terkini di Malaysia.

Post a Comment

0 Comments