Ticker

6/recent/ticker-posts

PENGAMBILAN KONSTABEL POLIS BANTUAN BANK NEGARA MALAYSIA - JUN 2023


[ TERKINI ] Bank Negara Malaysia membuka pengambilan bulan Jun 2023 bagi jawatan  KONSTABEL POLIS BANTUAN di Kuala Lumpur.

Tawaran ini hanya diberikan kepada individu yang berkelayakan dari segi akademik dan fizikal bagi jawatan ini.

1. KONSTABEL POLIS BANTUAN

Jawatan ini di bawah Jabatan Pengurusan Keselamatan Organisasi. Bagi individu yang berminat untuk memohon kekosongan jawatan tersebut, perlu memastikan anda mengikut langkah dan prosedur yang telah ditetapkan oleh majikan seperti di bawah.

2. SYARAT KELAYAKAN

Majikan sedang mencari individu yang layak sebagai Konstabel Polis Bantuan, bagi bekerjasama dan memenuhi permintaan syarikat. Jika anda mempunyai kriteria seperti di bawah, mohon segera;
  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun hingga 28 tahun.
  • Memiliki tubuh badan dan mental yang sihat tanpa menggunakan alat bantuan.
  • Mahir dalam lisan dan komunikasi menggunakan bahasa Malaysia dan Inggeris.
  • Bebas daripada sebarang rekod jenayah dan tidak terlibat penyalahgunaan dadah
  • Memiliki sijil SPM serta memperoleh 5 subjek kredit termasuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

3.0 SYARAT FIZIKAL 
    3.1(Lelaki)
  • Ketinggian minimum = 165cm
  • Berat badan minimum = 51kg
  • Ukuran dada = 81cm (biasa) dan 85cm (tarik nafas)
  • Indeks Jisim Badan (BMI) = 18.5 hingga 26
  • Lulus ujian mata kiri dan kanan
    3.2 (Perempuan)
  • Ketinggian minimum = 160cm
  • Berat badan minimum = 48kg
  • Indeks Jisim Badan (BMI) = 18.5 hingga 26
  • Lulus ujian mata kiri dan kanan
4. KELEBIHAN YANG DISEDIAKAN
  • Pakej gaji dan elaun diberikan
  • Pakaian tugas disediakan
  • Pelbagai peluang kursus dan latihan
  • Pinjaman rumah dan kenderaan
  • Kemudahan kesihatan
  • Perlindungan insurans nyawa dan kemalangan
  • Peluang melanjutkan pelajaran
5. CARA PERMOHONAN
  • Anda tekan borang permohonan dibawah secara online 
  • Masukkan email dan kata laluan anda
  • Sekiranya anda tidak mempunyai akaun permohonan, sila tekan daftar baharu
  • Isi semua maklumat yang diminta secara lengkap dan tepat
  • tekan apply now untuk membuat permohonan jawatan tersebut
NAMA MAJIKAN : BANK NEGARA MALAYSIA
TEMPAT KEKOSONGAN: KUALA LUMPUR


SUMBER : Info dan iklan di atas ditulis sendiri berpandukan iklan di laman web rasmi. Laman web ini hanya membantu menyebarkan iklan jawatan kosong terkini di Malaysia.

Post a Comment

0 Comments